Onn Hafiz berdepan Nur Hafiz di Machap

PRN Johor: Onn Hafiz berdepan Nur Hafiz di Machap

Onn Hafiz Ghazi bersalaman dengan calon PH, Nur Hafiz Roslan selepas menghantar borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon di Dewan Muafakat, Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam. - UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIMPANG RENGGAM: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi akan berdepan saingan satu lawan satu bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

Penyandang kerusi DUN Machap itu akan dicabar calon Pakatan Harapan (PH), Nur Hafiz Roslan yang juga Exco Pemuda Amanah Nasional.

Nur Hafiz merupakan muka baharu yang pertama kali dipertaruhkan PH bagi merampas kerusi DUN berkenaan daripada Barisan Nasional (BN).

Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd. Izzul Helmi mengumumkan pertandingan dua penjuru itu selepas tempoh penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi tadi.

Pada PRN Johor lalu, Onn Hafiz mempertahankan kerusi DUN Machap dengan majoriti 6,543 undi selepas menewaskan tiga pencabar dalam pertandingan empat penjuru.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN