KUALA LUMPUR: Sebanyak 855 sekolah kerajaan di seluruh negara dikenal pasti mengalami masalah kepadatan setakat suku pertama tahun ini dengan 193 daripadanya telah ditangani menerusi pembinaan bilik darjah tambahan. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bagi baki 662 sekolah lagi, pihaknya akan mengemukakan permohonan pembinaan bilik darjah tambahan secara berfasa di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) iaitu dalam tempoh 2026-2030 sekali gus dijangka dapat diselesaikan sekitar empat tahun lagi. Katanya, Kementerian…










