Manusia normal tidak akan burukkan orang yang tidak dikenali -Ernie Zakri - Utusan Malaysia

Manusia normal tidak akan burukkan orang yang tidak dikenali -Ernie Zakri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ernie Zakri, mengakui sudah lali berhadapan kutukan serta respons negatif segelintir pengguna media sosial mengenai dirinya.

Bagi Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, dia kini lebih matang untuk menilai komen yang bersifat nasihat atau sekadar mahu mengutuk dirinya terutama di aplikasi Threads.

“Pada saya, mungkin apabila kita sudah melalui segala fasa, benda itu (kecaman) sudah menjadi sesuatu yang boleh saya abaikan. Tapi saya tetap manusia biasa, tidaklah saya abaikan terus.

“Tipulah kalau kata tidak baca, kadangkala kutukan yang dibaca itu masuk juga dalam kepala. Tapi apa yang saya ingin sampaikan, manusia normal tidak akan berkata buruk kepada seseorang tanpa mengenai mereka terlebih dahulu.

“Saya selalu fikirkan itu untuk melegakan hati. Apapun, saya leboh kepada sudah lali. Cakaplah apa sahaja. Cuma kalau bagus saya akab ambil dab ubah,” katanya.

Ernie ditemui semasa Majlis Penyerahan Khas kenderaan Jetour T2 sempena International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai caranya membawa diri di aplikasi media sosial, pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-39 itu percaya kebijaksaan seseorang artis mengendalikan provokasi akan menentukan respons pengguna.

“Kalau mahu respons kepada komen, bergantung kepada keadaan. Kalau komen yang baik-baik, saya akan balas.

“Tapi kalau yang buruk, tengok pada mood juga. Kadang-kadang kalau mood ‘kakak rengsek’ sudah datang, kakak balas juga,” katanya tertawa.

Dalam pada itu, Ernie bagaimanapun memuji gelagat suaminya, Syamel yang sering mencuri tumpuan dengan berkongsi hantaran-hantaran lucu di platform yang sama.

“Syamel memang seorang yang lucu, kadang dia tanya pengguna dekat Threads mahu belikan saya hadiah apa, macamlah saya tidak nampak hantaran itu.

“Bagi saya, Threads ini tempat saya jumpa ramai peminat baru. Jadi saya tak boleh anggap ia satu benda yang negatif. Segalanya bergantung kepada penggunaan.

“Kalau kita bawa ke arah negatif, maka negatiflah jadinya. Begitu juga sebaliknya. Sebab itu kadangkala saya suka buat lucu di sana, sekadar untuk berkongsi aura positif dengan semua,” katanya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi Masing Masing dilantik menjadi salah seorang jurucakap untuk kereta berjenama Jetour J2 sekali gus melayakkannya memiliki kenderaan tersebut.

“Saya memang sukakan kereta begini, jadi apabila pihak Jetour hubungi dan ,ahu beri sebuah kereta, saya sangat berbesar hati untuk menjadi salah seorang daripada keluarga.

“Alhamdulillah ini semua rezeki, saya pula memang selalu ‘travel’ dan sukakan kereta yang tinggi memandangkan saya berbadan rendah. Selepas ini rasa bersemangat mahu bawa kereta,” katanya.

Selain Ernie, selebriti tempatan yang turut menerima kenderaan Jetour T2 ialah Kamal Adli, Azhan Rani dan Hayden Wong. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN