Malaysia sokong pembangunan pendidikan tinggi Palestin

Malaysia sokong pembangunan pendidikan tinggi Palestin

ZAMBRY Abdul Kadir (kiri) menerima kunjungan daripada Jehad Alqedra di pejabatnya. - FACEBOOK/Zambry Abd. Kadir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menyokong pembangunan sektor pendidikan tinggi Palestin dengan membantu pelajar negara berkenaan melanjutkan pengajian.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar Palestin ke Malaysia, Jehad Alqedra.

Beliau berkata, pertemuan tersebut turut membincangkan peluang memperkukuh kerjasama antara universiti di Malaysia dengan institusi pendidikan tinggi Palestin.

“Saya menerima kunjungan hormat daripada Jehad Alqedra, Duta Besar Palestin ke Malaysia.

“Kami berbincang mengenai usaha memperkukuh kerjasama pendidikan tinggi antara Malaysia dan Palestin, termasuk sokongan berterusan kepada pelajar Palestin serta peluang kerjasama antara universiti kedua-dua negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Zambry berkata, Malaysia sentiasa melihat pendidikan sebagai jambatan yang mampu membawa harapan, keamanan dan masa depan lebih baik kepada rakyat Palestin.

“Atas semangat itu, kita akan terus memainkan peranan membantu rakyat Palestin membina semula kekuatan bangsa melalui ilmu dan pendidikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN