Mahasiswa UKM serlah bakat di pentas teater

Mahasiswa UKM serlah bakat luar biasa di pentas teater

PESERTA bergambar dalam majlis Malam Kemuncak Festival Fester UkM 2026 di Bangi, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sangat jarang berlaku di sebuah kampus yang tidak menawarkan kursus seni persembahan, tetapi mampu melahirkan bakat bakat pelakon seni persembahan dan mendapat pujian pula daripada aktivis teater.
Ini senario yang berlaku sepanjang Festival Teater Universiti Kebangsaan Malaysia (FESTER) 2026 yang merupakan acara tahunan anjuran Pusat Kebudayaan UKM bagi mengangkat seni teater pengajian tinggi.

 

Penganjuran FESTER itu dengan rasminya ditutup menerusi penganjuran malam penutup dan majlis penyampaian anugerah yang sekali gus menobatkan bakat-bakat baharu bidang teater daripada universiti berkenaan.

FESTER diadakan selama seminggu menampilkan 11 naskhah baharu daripada produksi teater kolej kediaman UKM menerusi tema Legenda berjaya dipentaskan bersama gabungan inovasi teknologi visual.

Pegawai Kebudayaan Pusat Kebudayaan UKM Ayu Faliza Roslan berkata, sebanyak 11 naskhah yang dipentaskan itu berjaya membuatkan juri terpegun dengan penampilan bakat bakat baharu yang boleh diketengahkan kepada produk luar dengan hanya sedikit gilapan bakat bukan sahaja pengarah tetapi juga pelakon.

 

Beliau yang juga Penyelaras Projek Festival Teater UKM 2026 berkata, bukan mudah bagi generasi Z ini menggarap dan menghadam naskah yang bukan sezaman dengan mereka kerana bagi menepati tema legenda , mereka terpaksa perlu melaluinya.

Skrip diinspirasikan daripada cerita-cerita hikayat seperti Dayang Senandong, Pak Pandir, Tasik Dayang Bunting, Laila Majnun, Bujang Senang, Raja Bersiong, Panca Delima, Batu Belah Batu Bertangkup, Puteri Walinong Sari, Nujum Pak Belalang dan Bidasari.

Bermakna usaha bersungguh-sungguh yang memerlukan pelajar UKM berkenaan memerah kreativiti bagi menghidupkan naskhah berkenaan di pentas teater.

“FESTER 2026 turut menampilkan kreativiti mahasiswa dalam aspek lakonan, pengarahan, penulisan skrip dan teknikal produksi,” ujarnya.

Festival Teater UKM 2026 telah dikuasakan dengan kehadiran barisan panel juri yang tidak perlu dipertikaikan berpengalaman dalam seni teater Malaysia, iaitu Kamarul A.R, Zaifri Husin dan Siti Rohaya Atan selaku ketua juri.

Tiga panel juri juga memberi ulasan positif kerana UKM tidak menawarkan kursus dalam seni persembahan.

Oleh yang demikian kolej-kolej yang bertanding daripada pelbagai bidang harus dipuji kerana usaha dan kesungguhan cemerlang dalam gerak kerja, persiapan dan kesibukan kuliah.

Kata mereka, sebanyak 11 judul cerita legenda yang diberikan tafsiran baharu oleh generasi muda begitu segar dan berkesan dengan pendekatan mereka sama ada purbawara, realisme atau muzikal.

“Bukan mudah menggalas tugas pengarah teater kerana ia merupakan satu tanggungjawab yang dipikul menganalisis skrip, menterjemahkan ke pentas bukan calang-calang tugas.

“Pengarah teater berpengalaman juga pasti tercabar dengan tempoh masa tiga jam sahaja diberikan penganjur untuk penggunaan ruang bagi persediaan teknikal, kumpulan muzik, lakonan bagi raptai sebelum pementasan sebenar “ ujarnya.

“Pengarah bukan sahaja menganalisis skrip dan melatih pelakon tetapi juga bekerjasama dengan sinografer untuk menghasilkan rekaan set, visual, prop, kostum, makeup, rambut, pencahayaan yang menarik dan berkesan,” kata mereka lagi.

Menurut panel juri lagi, apabila pihak UKM memberi peluang penggunaan lampu skrin diod pemancar cahaya (LED), ia benar-benar memberi impak besar kepada persembahan.

Set yang minimalis dan dan tepat telah menjimatkan masa pertukaran set antara babak yang cepat, sehinggakan ada kumpulan seperti teater Panca Delima hanya memerlukan kurang daripada lima saat bagi pertukaran babak.

Mereka berlatih berkali-kali untuk mendapatkan kejituan tempoh tersebut. Maka kata mereka., tidak hairan jika teater Si Ahli Nujum menjuarai FESTER 2026 kerana selain keberkesanan lakonan, penguasaan pengarahan penonjolan visual dan sinografi yang menarik, kesan bunyi yang berpadanan, selain skrip yang bagus,” kata panel juri.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UKM, Dr. Arham Firdhaus yang hadir mewakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni universiti berkenaan.

Sementara itu, menurut Adib Zafran Amzani yang dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Lelaki menyifatkan pembabitannya adalah sebagai memenuhi minat dalam bidang lakonan.

 

“Bayangkan dulu saya berlakon hanya sekadar pergerakan badan tanpa ekspresi muka, kena tegur dan belajar bermain emosi dan luahkannya.

“Alhamdulillah saya berjaya pada akhirnya,” ujarnya.

“Saya sangat terkejut apabila saya dicalonkan sebagai pelakon harapan dan saya bertambah terkejut apabila saya menang. Kepada keluarga STAB, keluarga saya dan kawan-kawan rapat saya. Mereka semua telah memberi sumbangan besar atas kejayaan ini. Alhamdulillah syukur kerana saya dapat lalui pengalaman yang mahal ini, “ ujarnya.

Sementara itu turut diperkenalkan Anugerah Dr. Ros sebagai penghargaan dan kenangan buat arena seni teater Malaysia dalam mengenang perjuangan aktivis teater Allahyarham Dr. Rosminah Tahir

Ketua juri, Siti Rohayah Atan berkata, penganjuran Festival Teater UKM 2026 diharap dapat terus menjadi wadah pembangunan seni budaya dalam kalangan mahasiswa serta memperkukuh ekosistem kesenian universiti secara berterusan

“ Allahyarham Dr. Rosminah Tahir ialah sekuntum bunga yang sentiasa mekar mengharum di laman seni teater Malaysia selamanya dan Anugerah Khas Dr. Ros telah diberikan kepada penulis skrip Kerusi Untuk Laila, iaitu Saudari Nur Ali Ahusna, ” ujarnya.

Sementara itu, turut diperkenalkan Anugerah Dr. Ros sebagai penghargaan kepada aktivis teater Allahyarham Dr. Rosminah Tahir.

Siti Rohayah berkata, penganjuran Festival Teater UKM 2026 diharap dapat terus menjadi wadah pembangunan seni budaya dalam kalangan mahasiswa serta memperkukuh ekosistem kesenian universiti secara berterusan.

 

SENARAI PEMENANG FESTER UKM 2026
*Juara keseluruhan: Kolej Dato’ Onn menerusi naskhah Si Ahli Nujum
*Kedua: Kolej Tun Dr. Ismail menerusi naskhah Panca Delima
*Ketiga: Kolej Tun Syed Nasir menerusi naskhah Atma Kaku
*Anugerah Khas Juri: Kolej Burhanuddin Helmi menerusi naskhah Bidasari
Anugerah Khas Dr. Ros: Nur Ali Ahusna Penulis Skrip naskhah “Kerusi untuk Laila” Kolej Ibrahim Yaakub
*Pengarah Terbaik: Nur Ameera Bashasha menerusi naskhah Panca Delima, Kolej Tun Dr. Ismail
*Naskhah Terbaik: Naskhah Si Ahli Nujum, Kolej Dato’ Onn
*Sinografi Terbaik: Naskhah Si Ahli Nujum, Kolej Dato’ Onn
*Visual Inovatif Terbaik: Naskhah Panca Delima, Kolej Tun Dr. Ismail
*Anugerah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik: Watak Mat Teja oleh Adib Azfran Amzani) menerusi naskhah Tasneem, Kolej Aminuddin Baki
*Anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik: Watak Kancil (Nurul Natasha Abu Bakar) menerusi naskhah Si Ahli Nujum, Kolej Dato’ Onn
*Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Watak Pak Sender (Naufal Iman Mahadir) menerusi naskhah Si Ahli Nujum, Kolej Dato’ Onn
*Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Watak Mak Kuntum (Farah Amirah Mazlan) menerusi naskhah Pak Pandir Riwayat Yang Hilang, Kolej Ibu Zain
*Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik: Watak Surya Kenchana (Daniel Rizqullah Rosdi) menerusi naskhah Panca Delima, Kolej Tun Dr Ismail
*Anugerah Pelakon Wanita Terbaik: Watak Permaisuri Cemara Jingga (Nur Ameera Bashasha) menerusi naskhah Panca Delima, Kolej Tun Dr. Ismail

“ Allahyarham Dr. Rosminah Tahir ialah sekuntum bunga yang sentiasa mekar mengharum di laman seni teater Malaysia selamanya dan Anugerah Khas Dr. Ros telah diberikan kepada penulis skrip Kerusi Untuk Laila, iaitu Saudari Nur Ali Ahusna,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN