Lelaki dipercayai pukul ‘rider’ ditahan

Lelaki dipercayai pukul ‘rider’ ditahan

MOTOSIKAL dinaiki penghantar makanan dikenali sebagai Man yang diserang pelanggan dalam kejadian di Kelana Jaya, Selangor semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian memukul penghantar makanan ketika menghantar pesanan di Kelana Jaya semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, lelaki berusia 30-an ditahan bagi membantu siasatan.

“Suspek direman tiga hari bermula hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 kanun sama,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan penghantar makanan dipukul pelanggannya ketika menghantar pesanan itu.

Penghantar makanan yang dikenali sebagai Man dilaporkan berkata, dia pada mulanya menerima tempahan dari restoran makanan segara di sebuah stesen minyak di SS6, Kelana Jaya kira-kira pukul 4.45 pagi untuk dihantar ke sebuah premis di Taman Rasa Sayang.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kira-kira pada 5.30 pagi, dia gagal menemui premis berkenaan sebelum menghubungi pelanggan bagi mendapatkan lokasi sebenar.

“Saya telefon pelanggan, tetapi dia tidak jawab soalan saya. Dia cuma asyik tanya sama ada saya sudah sampai bawah atau belum sebelum menutup telefon.

“Saya cuba hubungi sekali lagi dan dia marah kenapa saya tunggu di hujung deretan kedai sedangkan kawasan itu gelap dan saya memang tidak nampak mereka,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN