Lelaki didenda RM10,000 jalan urusniaga diesel tanpa lesen

Lelaki didenda RM10,000 jalan urusniaga diesel tanpa lesen

ABDUL Salam Ismail tiba di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menjalankan urusniaga minyak diesel tanpa lesen yang sah dalam Ops Tiris 4.0 Bersepadu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah.

Tertuduh, Abdul Salam Ismail, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Hurman Hussain atas pertuduhan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang dibaca bersama Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan dan dia telah menjelaskan denda yang dikenakan.

Pada 19 April lalu, anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah yang menjalankan pemeriksaan di kawasan Jalan Tugu di sini hasil maklumat risikan dan menemukan sebanyak 186 liter minyak diesel di dalam sebuah tangki jenis di belakang sebuah kenderaan.

Siasatan lanjut mendapati tertuduh tidak memiliki lesen yang sah untuk menjalankan urusniaga barang kawalan berjadual berkenaan.

Mahkamah turut memerintahkan hasil jualan minyak diesel berjumlah RM774.09 diserahkan kepada kerajaan manakala kenderaan terbabit yang diperintahkan dikembalikan kepada pemilik berdaftar.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN