JOHOR BAHRU: Semua sekolah perlu melaksanakan intervensi segera ke atas pelajar yang dikenal pasti menunjukkan tanda-tanda kesihatan mental bagi memastikan kebajikan dan keselamatan terus terpelihara. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, selain peranan pihak sekolah, ibu bapa juga perlu memberi sokongan kepada anak masing-masing dalam mendepani isu berkenaan. “Fakta berbeza untuk setiap kes yang berlaku. Tetapi, kita telah ambil langkah drastik dan melihat keseluruhan isu ini. Isu kesihatan mental juga menjadi…










