Kes mayat dalam gulungan tilam: Penggangur dituduh bunuh rakan

Kes mayat dalam gulungan tilam: Penggangur dituduh bunuh rakan

HARRIS Mohd Abd Nasir didakwa atas tuduhan membunuh rakannya, dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AYER KEROH: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh rakannya yang ditemukan dalam gulungan tilam dengan tangan terikat pada 28 Mei lalu.

Tertuduh, Kamil Harris Mohd Abd Nasir, 40, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Ghani.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Mohd Idris Yasmir, 40, antara pukul 10 malam pada 30 Mac 2026 hingga pukul 3 pagi, 31 Mac 2026 di sebuah premis di Taman Seri Pandan 1, Jalan Pokok Mangga, Melaka Tengah.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Jika tidak dijatuhkan hukuman mati hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 29 Julai depan untuk sebutan semula kes bagi membolehkan pihak pendakwaan menyerahkan laporan kimia, forensik dan bedah siasat.

Media sebelum ini melaporkan satu mayat reput dengan kedua-dua tangannya diikat, dibungkus dalam lipatan tilam, ditemukan di sebuah rumah kedai di Pokok Mangga pada 28 Mei lalu.

Mayat terbabit dilaporkan dalam keadaan hancur, dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih dua minggu hingga sebulan dan mayat itu dilaporkan ditemukan pemilik premis, selepas dia datang membuat pemeriksaan di rumah kedai itu kerana gagal menghubungi penyewa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN