KOTA BHARU: Keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang ditemukan mati dalam keadaan tergantung pada 2013, menuntut pihak berkuasa mendedahkan status perkembangan terkini siasatan kes kematian pelajar tahfiz itu yang belum menemui titik noktah. Ibunya, Ruhani Hussain, 71, berkata, seluruh ahli keluarga masih menantikan penjelasan rasmi mengenainya. Katanya, dia turut mengambil maklum akan kenyataan Jabatan Peguam Negara yang meminta supaya diberikan sedikit masa sebagaimana dilaporkan oleh media sebelum…










