Kanak-kanak maut jatuh bangunan: Ibu bapa antara 8 individu direkod keterangan

Kanak-kanak maut jatuh bangunan: Ibu bapa antara 8 individu direkod keterangan

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis telah mengambil keterangan daripada lapan individu termasuk ibu bapa kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang maut jatuh dari tingkat 13 sebuah apartmen di Taman Cahaya Ampang dekat sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid memberitahu, siasatan kes ini masih dijalankan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Setakat ini lapan orang telah diambil keterangan. Proses bedah siasat mangsa juga telah selesai di Hospital Ampang.

“Siasatan lanjut masih dijalankan berkaitan kes tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dalam kejadian itu. Ketika kejadian, mangsa dikatakan berada bersendirian di rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN