PETALING JAYA: Pelakon, Syatilla Melvin, 35, meluahkan rasa berang dengan sikap orang Arab yang menurutnya terlalu biadap.
Mengakui bukan semua orang Arab bersikap demikian, Syatilla berkata bagaimanapun tahap kebiadapan segelintir mereka menguji kesabarannya.
“Bila tengok orang-orang Arab dekat sini (Mekah), Ya Allah memang menguji tahap kebiadapan dan kurang ajar mereka ya. Jauh beza dengan didikan mak ayah kita.
“Walaupun tak semua tapi memang menguji tahap kesabaran aku,” tulisnya menerusi Thread.
Pemilik nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin itu membandingkan sikap penduduk tempatan dengan rakyat Malaysia yang jauh lebih beradab dan sopan.
“Sejujurnya aku tersangat bangga jadi anak Melayu dan orang Malaysia! Adab kita menang,” katanya lagi. – UTUSAN










