Jangan hina rupa, fizikal saya - Viviana Zairi - Utusan Malaysia

Jangan hina rupa, fizikal saya – Viviana Zairi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Maaf kalau saya tiada pakej di mata engkau orang.”

Demikian luahan penyanyi, Viviana Zairi mengenai rupa parasnya yang menjadi perbualan netizen.

Viviana yang juga anak penyanyi Ani Mayuni berlapang dada namun tidak rela kekurangannya dihina.

“Kalau tidak suka dengan bakat saya, jangan hina rupa dan fizikal saya,” kongsinya di Thread.

Perkongsian itu mengundang bekas pengurus peserta Talk To My Manager Musim kedua Ratu, Linda Jasmine.

Dalam ruangan komen Linda memberi kata-kata semangat kepada Viviana.

“Awak cantik! Dan yang paling penting, hanya ada awak seorang. Sangat cantik, berbakat dan baik hati. Sayang anda dan ibu anda juga,” kongsinya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN