PETALING JAYA: Pelakon, Ikmal Amry dan isterinya, Najla Shamsul selamat menimang cahaya mata ketiga.
Berita gembira itu dimaklumkan Ikmal dengan memuatnaik foto bayi tersebut di platform Thread.
“Secara rasminya saya menjadi bapa kepada tiga cahaya mata. Alhamdulillah atas rahmat ini. Salam Jumaat,” katanya.
Perkongsian itu dihujani ucapan tahniah netizen termasuk penyanyi dan pelakon, Alif Satar.
“Masya-Allah tabarakallah, tahniah Am dan Najla,” katanya.
Ikmal dan Najla disatukan pada 10 Disember 2020 dalam majlis yang berlangsung meriah.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata termasuk termasuk sepasang cahaya mata, Cailie dan Gibran. – UTUSAN










