Ibu tunggal naik bas 40 kilometer jual pucuk paku

Ibu tunggal naik bas 40 kilometer jual pucuk paku

DUA beranak dari Kampung Kandis Mela di Lipis, Pahang tidak malu menjaja pucuk paku di pekan Jerantut dan Lipis demi pendapatan keluarga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Demi menambah pendapatan keluarga, seorang ibu tunggal menaiki bas sejauh 40 kilometer dari Kampung Kandis Mela ke bandar Jerantut bagi menjaja pucuk paku yang dipetik sendiri di sekitar tebing Sungai Jelai di sini.

Noraini Ramli, 54, berkata, usaha kecil-kecilan itu menjadi sumber pendapatan sampingan keluarga yang dilakukan bersama anak lelakinya, Rizal Abdullah, 18, pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerambit pada setiap hujung minggu atau cuti umum.

“Saya dan anak akan menaiki bas seawal pagi dengan membawa sekitar 50 ikat pucuk paku yang dijual pada harga RM2 seikat. Destinasi dituju di bandar Jerantut dan Lipis.

“Kami jual ikut keadaan. Kadang-kadang habis cepat, kadang-kadang kurang laku. Ada juga kedai yang beli secara tetap, jadi bolehlah bantu tambah pendapatan keluarga,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di bandar Lipis di sini.

Menurut Noraini, pucuk paku yang dijual dipetik sendiri di kawasan kampung sebelum diikat dan dibawa ke bandar untuk dijual.

Sementara itu, Rizal berkata, dia tidak malu membantu ibunya mencari rezeki walaupun masih bersekolah kerana memahami kesusahan keluarga selepas pemergian bapanya.

“Bila cuti sekolah ataupun cuti umum, saya ikut mak jual pucuk paku di pekan. Dapat tolong sikit-sikit pun jadilah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN