PETALING JAYA: Kestabilan semula aliran perdagangan dan rantaian bekalan minyak serta gas dari Timur Tengah dijangka membantu menstabilkan harga minyak global sekali gus mengurangkan tekanan subsidi yang ditanggung kerajaan. Pembukaan semula Selat Hormuz susulan pemeteraian memorandum persefahaman antara Amerika Syarikat dan Iran dijangka meredakan ketegangan ekonomi global selepas gangguan rantaian bekalan tenaga sebelum ini sekali gus stabilkan pasaran dunia. Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang, Datuk Kapten K. Subramaniam berkata, perdagangan…










