Harga bawah RM600 segram, pembeli serbu kedai emas

Harga bawah RM600 segram, pembeli serbu kedai emas

PELANGGAN menyerbu kedai emas di sekitar Kota Bharu, Kelantan untuk mendapatkan barang kemas. – UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penurunan harga emas di bawah paras RM600 bagi setiap gram sejak seminggu lalu merancakkan aktiviti pembelian barang kemas apabila pelanggan khususnya wanita, tidak putus-putus mengunjungi kedai emas di sekitar negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Harga emas semalam direkodkan pada RM536.39 satu gram berbanding RM529.41 satu gram, kelmarin.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa premis perniagaan emas sekitar daerah ini mendapati, pelanggan terus membeli barang kemas meskipun suasananya tidak semeriah musim perayaan baru-baru ini.

Seorang peniaga emas, Roz­leen Yusof, 55, berkata, penurunan harga emas sejak se­minggu lalu mendorong ramai pelanggan mengambil peluang menambah aset termasuk pembeli dari luar Kelantan.

Katanya, kebanyakan pelang­gan memilih membeli emas pada hujung minggu ketika berkunjung ke negeri ini.

“Apabila harga emas turun di bawah paras RM600 satu gram, ramai pelanggan membeli kerana mereka boleh dapat untung sekitar RM25 hingga RM100 setiap gram bergantung kepada jenis barang kemas.

“Harga emas mula turun sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha iaitu sekitar RM553 satu gram dan paling rendah direkodkan Isnin lalu pada RM515 satu gram,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Rozleen berkata, penurunan harga emas kini menyebabkan keuntungan peniaga mengecil berbanding ketika harga lebih RM600 satu gram tahun lalu.

Namun katanya, ketika harga emas naik sebelum ini, pelanggan tetap membeli kerana bimbang nilainya terus melonjak.

Sementara itu, pembantu kedai emas, Muhammad Ikram Ahmad Tarmizi, 32, berkata, trend pembelian barang kemas terpakai turut meningkat kerana mampu menjimatkan sehingga RM300 bagi setiap gram.

Katanya, pelanggan pilih barang kemas terpakai kerana tidak dikenakan caj upah mengikut reka bentuk, sekali gus me­ngurangkan kos pembelian.

“Rantai tangan jenis stem, sauh dan lipan kait antara barang kemas terpakai yang jadi pilihan pelanggan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN