Guru tidak mengaku tujuh pertuduhan amang seksual

Guru tidak mengaku tujuh pertuduhan amang seksual

DARUSALAM Ab. Rahman semasa dibawa ke Mahkamah Setiu, Terengganu.  - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU : Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Setiu di sini, hari ini atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelaki berusia 15 tahun dan 17 tahun, bulan lalu.

Darusalam Ab. Rahman, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud. 

Dia didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual kepada seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun manakala dua lagi pertuduhan dilakukan kepada remaja lelaki berusia 15 tahun. 

Guru terbabit didakwa kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 12(1) akta sama. 

Suspek didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja berusia 17 tahun di beberapa lokasi di Kampung Anak Ikan, Besut dan Kuala Terengganu dari 5 Mei hingga 11 Mei lalu,

Tertuduh juga didakwa melakukan dua kesalahan sama kepada pelajar berusia 15 tahun di sebuah tandas sebuah sekolah menengah di daerah Besut. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Akmal Mohd Jazlee. 

Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 6 Julai ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN