Gelandangan rosakkan kereta polis dilanjut reman 14 hari

Gelandangan rosakkan kereta polis dilanjut reman 14 hari

NUZULAN MOHD DIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Reman seorang gelandangan yang membaling bata hingga merosakkan kereta polis di hadapan sebuah hotel di Jalan Hang Lekiu di sini dilanjutkan selama 14 hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din berkata, lelaki warga asing itu disambung reman selepas tempoh tamat hari ini untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63. 

“Hari ini (Sabtu) suspek dilanjutkan reman sehingga 10 Julai ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media semalam melaporkan, sebuah kereta milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibaling bata oleh suspek dipercayai gelandangan warga asing. 

Suspek berusia 40-an itu dipercayai mengalami masalah kesihatan dan telah ditahan dengan bantuan orang awam di lokasi kejadian.

Suspek kemudian telah direman tiga hari sehingga Sabtu untuk siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN