Dua rakyat Malaysia cedera letupan bom

Dua rakyat Malaysia cedera letupan bom

KEADAAN SUV yang dinaiki mangsa remuk selepas terkena letupan bom buatan sendiri (IED) yang ditanam di tepi jalan di Persimpangan Sapom, Daerah Tak Bai, Narathiwat, Thailand pagi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Dua rakyat Malaysia cedera selepas kenderaan pelbagai guna (SUV) dinaiki mereka terkena letupan bom buatan sendiri (IED) yang dipercayai ditanam di tepi jalan di Persimpangan Sapom, Daerah Tak Bai, di sini, hari ini.

Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, mangsa dikenali sebagai Abdullah Syarapi Abd. Rahman, 45, dan Muhammad Yusri Udin, 38.

Katanya, semasa kejadian ke­dua-dua mangsa dalam perjalanan dari Tak Bai menuju Narathiwat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Abdullah yang memandu SUV berkenaan mengalami luka di dahi, kepala, tangan dan paha, manakala Muhammad Yusri pula cedera di tangan kanan dan jari. Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Daerah Tak Bai untuk menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sumber memberitahu, siasatan awal mendedahkan bom seberat kira-kira 20 kilogram itu ditanam di tepi jalan berhampiran persimpangan itu sebelum diletupkan menggunakan pemasa.

Katanya, Gabenor Wilayah Narathiwat, Boonchuey Homyamyen telah mengarahkan timbalannya Chakrit Suranatkul yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal keselamatan memberi bantuan kepada kedua-dua mangsa.

“Beliau mengarahkan bantuan dan penjagaan penuh, kerana kedua-duanya adalah pelancong Malaysia yang melawat wilayah Narathiwat.

“Pada masa sama, kawasan tersebut telah dikepung untuk keselamatan, dan unit pelupusan bom serta pegawai forensik telah diselaraskan untuk menyiasat tempat kejadian secara menyeluruh bagi mengumpul bukti,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×