Dua rakyat Malaysia cedera kena bom di Thailand dipindah ke Kota Bharu

Dua rakyat Malaysia cedera kena bom di Thailand dipindah ke Kota Bharu

RAKYAT Malaysia yang cedera dalam letupan bom di Daerah Tak Bai dipindahkan dari Hospital Ratchanakarin Narathiwat ke Kota Bharu, Kelantan. - IHSAN ISOC 4
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Dua rakyat Malaysia yang cedera dalam insiden letupan bom di Persimpangan Sapom, Daerah Tak Bai, di sini dipindahkan ke sebuah hospital di Kelantan, hari ini.

Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, kedua-dua mangsa, Abdullah Syarapi Abd. Rahman, 45, dan Muhammad Yusri Udin, 38, dipindahkan ke Malaysia kira-kira pukul 8.30 pagi ini melalui Sungai Golok.

Katanya, Unit Keamanan Pasukan Tindakan Khas Santisuk menerima maklumat daripada Hospital Ratchanakarin bahawa kedua-dua mangsa dipindahkan menggunakan ambulans terus ke Sungai Golok.

“Kami dimaklumkan bahawa ambulans dari Malaysia menjemput mereka di Pusat Pemeriksaan Kastam dan Imigresen Sungai Golok sebelum dibawa ke Kota Bharu, Kelantan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, dua rakyat Malaysia cedera selepas kenderaan pelbagai guna (SUV) dinaiki mereka terkena letupan bom yang dipercayai ditanam di tepi jalan di Persimpangan Sapom. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN