KUALA TERENGGANU: Ketika kebanyakan anak muda seusianya lebih cenderung memilih kerjaya moden dan dianggap lebih glamor, seorang pemuda dari Marang tekad mempertahan warisan seni pembuatan tembaga yang semakin kehilangan pelapis. Bagi Najib Rusyaidi Rosli, 22, minat terhadap seni kraf tradisional itu mendorongnya menyertai program latihan pembuatan tembaga di bawah Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) meskipun menyedari bidang tersebut memerlukan kesabaran. Pemuda yang berasal dari Kampung Pengkalan Kuin itu berkata, dia…










