AMK cabar UMNO buat usul undi tidak percaya

AMK cabar UMNO buat usul undi tidak percaya

NABIL HALIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar semua ahli Parlimen UMNO mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Naib Ketua AMK, Nabil Halimi berkata, ini susulan kenyataan dibuat Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh yang dilihat mengugut Perdana Menteri agar menggugurkan ahli-ahli Parlimen UMNO.

Katanya, kenyataan Ketua AMK, Kamil Munim jelas menunjukkan Kerajaan Perpaduan bukan sahaja melibatkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan terbesar dan BN, malah turut merangkumi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Warisan (Warisan) serta ahli Parlimen Bebas

“Saya hairan mengapa Akmal gagal faham? Lupa, Akmal sengaja buat tidak faham kerana dia memang parasit dalam Kerajaan Perpaduan.

“Akmal tidak perlu mengugut Perdana Menteri untuk buang semua ahli Parlimen UMNO sekarang. Jika UMNO sudah merasakan tidak dihargai, tiada hati dalam Kerajaan Perpaduan serta tidak percaya kepada kepemimpinan Perdana Menteri.

“Saya mencabar seluruh ahli Parlimen UMNO sendiri mengusulkan undi tidak percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat yang akan bersidang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Muhammad Akmal dilaporkan mencabar Perdana Menteri untuk menggugurkan semua ahli Parlimen UMNO daripada Kerajaan Perpaduan, sekiranya BN dianggap tidak mempunyai peranan dalam pembentukan tersebut.

Menurut Akmal, kenyataan yang mempertikaikan peranan BN dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan adalah tidak berasas kerana parti itu memainkan peranan penting ketika usaha menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN