Alhamdulillah Cik B lawan gangguan itu - DSV - Utusan Malaysia

Alhamdulillah Cik B lawan gangguan itu – DSV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Usahawan sensasi, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman mengakui anaknya, Cik B mengalami gangguan mistik sepanjang penglibatan dalam Talk To My Manager Musim Ke-2 (TTMM2).

Ujar Vida, gangguan itu mengakibatkan Cik B sebelum ini hilang suara sekaligus tidak dapat melakukan persembahan terbai.

“Saya terima hakikat Cik B tidak dapat membuat persembahan dengan baik tempoh hari disebabkan dia terima gangguan sehingga mengakibatkan suaranya hilang dan sebagainya. Tapi, Alhamdulillah dia berupaya lawan gangguan itu,” katanya dalam sidang media TTMM2, semalam.

Sambung Vida, dia mengambil keputusan untuk tidak memasukkan bunyi-bunyian aneh dalam persembahan dikir barat semalam kerana bimbang ia akan menyeru gangguan tersebut.

”Benda itu berlaku, kita tak mahulah Cik B pengsan di pentas. Risau ia akan mencacatkan persembahan Cik B. Kita buat sekadar yang mampu,” ujarnya.

Dalam pada itu Vida memaklumkan dia tidak kisah membelanjakan ribuan ringgit untuk persembahan Cik B dalam TTMM2 kerana menganggap penglibatan dalam pertandingan itu sebagai satu proses pembelajaran.

”Kalau ikutkan Cik B sepatutnya melanjutkan pengajian ke luar negara tetapi disebabkan kecederaannya, saya tak lepaskan dia pergi.

“Jadi penglibatan dalam TTMM2 ini saya anggap sebagai Akademi Pembelajaran buat dia. Cuma kelulusannya kita dapat terus.

“Bagi saya satu kemestian untuk bekalkan anak-anak dengan kaedah pembelajaran yang begini. Kita mahukan yang terbaik,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN