10 bendera, tiga papan tanda kempen PH dirosakkan

10 bendera, tiga papan tanda kempen PH dirosakkan

BAHRIN MOHD. NOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Polis membuka kertas siasatan berhubung tindakan pihak tidak bertanggungjawab merosakkan serta membuang bahan kempen Pakatan Harapan (PH) ke dalam longkang di dua lokasi berbeza di daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh mengesahkan pihaknya menerima laporan insiden khianat tersebut daripada wakil calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol, Chong Shu Chyuan, 43.

Beliau berkata, pengadu mendakwa menerima panggilan telefon daripada ketua pasukan kempen parti pada pukul 10.30 pagi memaklumkan kejadian tersebut.

“Pengadu kemudiannya telah pergi ke lokasi kejadian di Jalan Chong Hwa dan Jalan Aman, Taman Aman di sini untuk membuat pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mengesahkan sebanyak 10 helai bendera parti PH dan tiga keping papan gambar calon telah dicabut serta dirosakkan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN