Tiga bulan bentang draf pindaan Akta Mara - PM

Tiga bulan bentang draf pindaan Akta Mara – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Tempoh tiga bulan diberikan untuk penyediaan draf pindaan Akta Majlis Amanah Rakyat (Mara) 1966 sebelum dibentangkan kepada Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Mara tidak seharusnya berlengah untuk mempersiapkannya demi menyuarakan kepentingan bumiputera.

“Saya harap draf pertama, (walaupun) Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) arah siap sebelum akhir tahun.

“Tak perlu tunggu. Ini semua di hadapan saya (ada) pakar-pakar, hendak tunggu sampai tujuh atau lapan bulan sebab apa? Beri draf kepada saya dalam tempoh tiga bulan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan 60 Tahun Mara di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Mara berada di fasa terakhir untuk menyiapkan pindaan Akta Mara 1966 bagi memastikan agensi itu kekal relevan, selain ditadbir urus dengan lebih berkesan.

Beliau berkata, draf pindaan akta berkenaan sudah siap dan kini berada dalam fasa sesi libat urus bersama pelbagai kementerian dan agensi berkaitan termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri serta Bahagian Hal Ehwal Undang-undang bagi mendapatkan pandangan menyeluruh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN