Tengku Muhammad Ismail  solat sunat Aidiladha bersama 1,000 jemaah

Tengku Muhammad Ismail solat sunat Aidiladha bersama 1,000 jemaah

TENGKU Muhammad Muaz Sultan Zainal Abidin (tiga dari kanan) berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat di Masjid Al-Mukatfi Billah Shah, Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama lebih 1,000 jemaah di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di sini, hari ini.

Berangkat sama adinda bongsu baginda, Tengku Fatimatuz Zahra Sultan Mizan Zainal Abidin.

Keberangkatan tiba Tengku Muhammad Ismail disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Azmi Mohamad Daham.

Solat sunat Aidiladha itu diimamkan Mufti Terengganu, Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullathfi Syed Omar yang menyampaikan khutbah khas Aidiladha bertajuk ‘Menghayati Erti Pengorbanan’.

Khutbah berkenaan menyeru umat Islam supaya mencontohi perjuangan dan pengorbanan Nabi Ibrahim yang tegas mempertahan akidah dan tauhid Allah serta teguh apabila berhadapan dengan ujian serta cabaran hidup.

Ia turuit mengingatkan umat Islam agar sentiasa mengukuhkan ilmu pengetahuan bagi meningkatkan ketakwaan dan mempertahanan kebenaran.

Sementara itu, selesai solat sunat Aidiladha, Tengku Muhammad Ismail berkenan meluangkan masa bersalaman dengan jemaah sebelum berangkat menziarahi Makam Diraja yang terletak bersebelahan  Masjid Al-Muktafi Billah Shah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN