Sultan Nazrin solat sunat Aidiladha bersama 1,000 jemaah - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin solat sunat Aidiladha bersama 1,000 jemaah

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Idris Shah II di sini hari ini bersama kira-kira 1,000 jemaah.

Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Keberangkatan tiba baginda kira-kira pada 8.30 pagi disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Imam Besar, Abd Farid Salleh mengimamkan solat dan menyampaikan khutbah bertajuk ‘Ibadah Korban: Lambang Penyucian Jiwa’.

Teks khutbah berkenaan menekankan bahawa setiap umat diuji Allah S.W.T. dengan perkara yang kita cintai dan tanpa kita sedar ia adalah sifat kesombongan diri.

Khatib menerusi teks sama menekankan bahawa orang sombong merasa dirinya lebih baik, lalu dengan angkuh sanggup menolak kebenaran.

Sultan Nazrin kemudiannya berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha di Dewan Bandaran Ipoh.
UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN