Sultan Nazrin perkenan 94 belia baca khutbah Jumaat - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin perkenan 94 belia baca khutbah Jumaat

SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan golongan belia membaca khutbah Jumaat di masjid di negeri ini esok sempena Sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata, mereka diberi penghormatan sebagai khatib jemputan menyampaikan khutbah bertajuk ‘Belia: Tenaga Penggerak Kemajuan Negara’.

“Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah mengemukakan 94 nama pemimpin belia yang telah diperkenan oleh baginda Sultan Perak untuk membaca khutbah di masjid dan surau diri Jumaat pada 8 Mei ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Pembaca khutbah terdiri daripada pemimpin pelbagai pertubuhan belia di Perak antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis Belia Daerah, Gerakan Belia 4B, Kelab Rakan Muda, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), persatuan mahasiswa dan kelab belia masjid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN