Skuad Antidadah AADK turun padang di Sabah

Skuad Antidadah AADK turun padang di Sabah

RUSLIN Jusoh (tengah) sewaktu merasmikan kempen Jerayawara Skuad Antidadah Dua Roda sempena dengan Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) 2026 di Pulau Banggi, Sabah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kempen Jerayawara Skuad Antidadah Dua Roda memecah tradisi kempen konvensional menerusi pendekatan agresif turun padang sempena program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) 2026 di Pulau Banggi, Sabah, hari ini.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh berkata, pendekatan tersebut dilaksanakan bagi memastikan agenda pencegahan dadah dapat digerakkan terus hingga ke semua peringkat akar umbi masyarakat.

Katanya, program anjuran AADK itu memberi fokus kepada usaha memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai ancaman penyalahgunaan dadah menerusi pendekatan lebih dekat bersama komuniti.

“Kempen pencegahan dadah tidak lagi tertumpu kepada program di peringkat atasan semata-mata, sebaliknya perlu dilaksanakan secara menyeluruh bersama komuniti setempat.

“Penglibatan keluarga dan masyarakat kampung amat penting bagi membantu meningkatkan kesedaran mengenai bahaya dadah terhadap kesejahteraan hidup dan keselamatan komuniti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ruslin, program pertama seumpamanya di Sabah itu diharap dapat membuka mata masyarakat supaya lebih peka terhadap ancaman penyalahgunaan dadah dalam kehidupan harian mereka.

Katanya, program turun padang seperti itu mampu menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup lebih sihat serta menjauhi aktiviti negatif yang boleh merosakkan masa depan mereka.

“Pelaksanaan program JABD akan terus diperluaskan ke seluruh negara bagi memperkukuh usaha pencegahan dadah secara lebih berkesan dan menyeluruh,” katanya. – UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN