Seorang maut, dua cedera ditembak depan pusat hiburan

Seorang maut, dua cedera ditembak depan pusat hiburan

LOKASI sebuah pusat hiburan yang berlaku insiden tembakan di Taman Industri Jaya, Johor Bahru, Johor semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Seorang lelaki maut manakala dua individu lain cedera dalam satu insiden tembakan di sebuah pusat hiburan di Taman Industri Jaya, Skudai, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 27 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut daripada seorang wanita tempatan berusia 27 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah premis pusat hiburan di kawasan Taman Industri Jaya.

“Selain mangsa yang mati ditembak, seorang lagi lelaki tempatan berusia 27 tahun turut mengalami kecederaan akibat terkena tembakan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Kumarasan, terdapat seorang lagi mangsa yang mengalami kecederaan namun identitinya masih belum dikenal pasti kerana telah dibawa oleh kenalannya sejurus selepas kejadian.

Sehubungan itu, Kumarasan meminta mangsa terlibat untuk tampil segera bagi membantu siasatan pihak polis.

“Pihak polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN