Saya turut naik pentas sertai semburan air, namun ‘dibalas’ sehingga basah kuyup - Tiong King Sing

Saya turut naik pentas sertai semburan air, namun ‘dibalas’ sehingga basah kuyup – Tiong King Sing

TIONG King Sing (tengah) sewaktu merasmikan Program Rain, Rave, Water, Music Festival di Bukit Bintang, di sini hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Festival muzik berkonsepkan air, Rain Rave Water Music Festival 2026 yang diadakan di ibu kota semalam mencatat kehadiran lebih 50,000 pengunjung pada hari pertama penganjurannya.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, walaupun kawasan sekitar Bukit Bintang dipenuhi orang ramai, festival itu tetap berlangsung dalam keadaan terkawal dan tersusun.

Katanya, aktiviti turut dihentikan sementara ketika azan berkumandang sebelum disambung semula, mencerminkan kepekaan terhadap kepelbagaian budaya dan agama yang menjadi asas keharmonian masyarakat Malaysia.

“Inilah semangat yang ingin kita bawa melalui Tahun Melawat Malaysia 2026, bukan sekadar untuk menarik lebih ramai pelancong, tetapi memberi peluang kepada semua untuk berkongsi ruang yang sama dan merasai keunikan Malaysia yang berbilang kaum, terbuka dan penuh kehidupan.

“Apabila semua orang dapat menikmati dan merasai pengalaman ini bersama, itu sudah cukup bermakna bagi saya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

King Sing berkata, kehadiran pengunjung tempatan dan pelancong dari pelbagai negara menjadikan suasana festival semakin meriah, padat dan bertenaga sejak petang semalam.

“Selepas majlis perasmian, suasana festival terus memuncak dengan pengunjung bersama-sama merasai kemeriahan acara.

“Di pentas dan di tengah orang ramai, semuanya bergerak seiring dengan alunan muzik. Percikan air, sorakan dan tarian menghidupkan suasana, mewujudkan pengalaman yang spontan dan penuh kegembiraan.

“Dalam keadaan itu, saya turut naik ke pentas untuk menyertai aktiviti semburan air, namun akhirnya ‘dibalas’ sehingga basah kuyup,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN