PETALING JAYA: Penyanyi, Shiha Zikir, 38, kesal terhadap tindakan individu yang menyebarkan fitnah berkenaan dirinya.
Shiha, menerusi satu hantaran dalam platform Threads mendakwa, cerita palsu itu disampaikan oleh rakannya sendiri.
“Alhamdulillah, semakin hari makin banyak cerita yang sudah didedahkan, mengucap panjang Shiha baca.
“Jadi hati-hatilah dalam berkawan. Ada yang sebaik-baik manusia di depan kita, tetapi rupanya dialah yang buat cerita bukan-bukan.
“Astaghfirullahazim, saya tahu anda membaca penulisan ini. Ingat, Allah maha adil,” katanya.
Penyanyi lagu Minta Ampun itu meninggalkan nasihat agar terus berbuat baik meskipun disakiti orang lain.
“Terima kasih kepada yang sudah menyampaikan semua cerita ini.
“Jika terdengar apa-apa cerita buruk yang melibatkan nama Shiha, tolong beritahu saya. Apa pun, teruslah berbuat baik,” kongsinya










