Saya cukupkah untuk anak-anak - Diana Danielle - Utusan Malaysia

Saya cukupkah untuk anak-anak – Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Diana Danielle, 34, meluahkan rasa khuatir apabila berjauhan dengan anak-anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Kata pemilik nama penuh Diana Danielle Danny Beeson, disebabkan itu disebabkan itu dia akan tetap berusaha untuk memenuhi kehendak mereka walau dalam apa cara sekalipun.

“Saya selalu ragu-ragu terhadap diri sendiri. Saya cukupkah untuk anak-anak, kadang-kadang tak larat nak layan diorang.

“Saya risau yang mereka mungkin akan berjauhan dengan saya. Tapi saya memang tahu yang sebagai seorang ibu, walau penat dan sakit, akan cari masa dan wang untuk bagi mereka gembira,” katanya dalam Threads.

Diana Danielle pernah bergelar isteri kepada pelakon Farid Kamil pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Dalam masa yang sama, Diana bersyukur kerana dikurniakan Muhammad dan Aurora.

“Tak pernah terfikir yang saya akan dipandang tinggi oleh mereka. Allah maha pengasih dan penyayang.

“Menerusi anak-anak, Dia memulangkan nilai diri, kesedaran dan menampakkan hala tuju yang jelas.

“Saya bersyukur kerana memiliki muhammad dan Aurora. Memang kiriman paling indah yang saya miliki,” Katanya lagi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN