Ringgit dijangka kukuh paras RM3.92 hingga RM3.95

Ringgit dijangka kukuh paras RM3.92 hingga RM3.95

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit dijangka stabil pada paras 3.92 hingga 3.95 menjelang pasaran pertukaran asing, sejajar dengan momentum pengukuhan yang berterusan.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 3.9200/9300 berbanding dolar AS daripada 3.9320/9360 ketika ditutup pada Isnin.

Pakar Ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai berkata, dagangan terkini, kadar ringgit kekal stabil sekitar RM3.93, disokong oleh sentimen pasaran yang lebih positif terhadap ekonomi domestik serta jangkaan perubahan hala tuju dasar monetari global.

Katanya, pengukuhan ringgit didorong oleh beberapa pemangkin utama yang terus meningkatkan keyakinan pelabur antaranya aliran masuk pelaburan dan sektor ICT, peningkatan pelaburan langsung asing (FDI), khususnya dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pembuatan bernilai tinggi, meningkatkan permintaan terhadap ringgit di pasaran antarabangsa.

“Selain itu, inflasi Malaysia kekal terkawal berbanding ekonomi maju, membolehkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tahap yang stabil. Ini mengurangkan risiko ketidaktentuan ekonomi dan menyokong kestabilan mata wang.

“Malah, rizab antarabangsa BNM pada 30 April 2026 direkodkan sebanyak AS$129.7 bilion, mencerminkan kedudukan kukuh negara dengan kemampuan membiayai 4.7 bulan import serta meliputi 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek,” katanya.

Selain itu, jelas Barjoyai, langkah penstrukturan semula subsidi serta pembaharuan fiskal dilihat meningkatkan kredibiliti kewangan negara dalam jangka panjang.

“Pasaran turut menumpukan perhatian kepada kemungkinan pelonggaran dasar oleh Rizab Persekutuan AS, yang dijangka mengecilkan jurang kadar faedah antara AS dan Malaysia, sekali gus mengurangkan tekanan terhadap dolar AS,” katanya.

Barjoyai berkata, secara keseluruhan, ringgit dilihat berada dalam fasa pemulihan yang lebih stabil, disokong oleh asas ekonomi domestik yang kukuh, aliran pelaburan yang meningkat serta kedudukan rizab antarabangsa yang sihat.

“Jika trend ini berterusan, mata wang tempatan berpotensi mengekalkan momentum pengukuhan sehingga hujung tahun,” katanya.

Sementara itu, Profesor Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Mohd. Rizal Palil berkata, ringgit dijangka boleh mencapai 3.95 pada minggu ini didorong oleh ekonomi domestik yang boleh bertahan walaupun krisis minyak dan Asia Barat..

“Permintaan terhadap dolar yang mendatar serta adakalanya menurun juga menyebabkan ringgit dijangka akan meningkat,” katanya.

Selain itu, katanya, permintaan terhadap dolar yang mendatar serta adakalanya menurun juga menyebabkan RM dijangka akan meningkat.

“Malah, pengekalan OPR baru-baru ini juga mendorong keyakinan pelabur untuk membeli ringgit.

“Mereka (pelabur) merasakan ekonomi kita boleh dipacu oleh permintaan agregat domestik serta tiada polisi baru kerajaan yang boleh membantutkan nilai ringgit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN