Ribut petir, hujan lebat landa hampir semua negeri sehingga jam 3 petang

Ribut petir, hujan lebat landa hampir semua negeri sehingga jam 3 petang

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di lapan negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga jam 3 petang, hari ini. 

MetMalaysia berkata, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, negeri yang dijangka mengalami cuaca berkenaan adalah Kedah (Langkawi), Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) serta Terengganu membabitkan kawasan Dungun dan Kemaman.

“Selain itu, Pahang turut dijangka cuaca sama di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin manakala Selangor di kawasan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang. 

“Negeri Sembilan pula, hujan lebat serta angin kencang dilaporkan berlaku di kawasan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau, manakala Johor pula di Tangkak, Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, Sabah di kawasan Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat) turut dibadai cuaca sama. 

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN