Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri - Utusan Malaysia

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 1 tengah hari ini.

Menurut laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), antara kawasan terlibat di Semenanjung ialah Perak (Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Manakala di Sarawak, kawasan Miri (Subis dan Miri) turut berada dalam kawasan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

“Di Sabah pula, kawasan terlibat ialah Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau dan Semporna), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) serta Kudat (Pitas dan Kudat).

“Wilayah Persekutuan Labuan juga diletakkan dalam kawasan amaran yang dijangka berkuat kuasa sehingga tengah hari ini,” menurut kenyataan itu.

Bagi sektor perkapalan pula, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka di kawasan perairan tenggara Phuket, Selat Melaka, barat daya Samui serta Tioman.

Dalam masa sama, kawasan perairan timur laut Reef North, Reef South, Sulu dan Sulawesi turut dijangka terjejas.

MetMalaysia berkata, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam serta laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

“Situasi ini berbahaya kepada bot-bot kecil serta aktiviti perkapalan di kawasan terlibat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN