Remaja lelaki mengaku rogol rakan sekolah berusia 15 tahun

Remaja lelaki mengaku rogol rakan sekolah berusia 15 tahun

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang remaja lelaki tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Yong Peng, di sini hari ini atas pertuduhan merogol pelajar yang juga bekas teman wanitanya di sebuah rumah, di sini bulan lalu.

Tertuduh yang berusia 17 tahun membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Arun Noval Dass.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang tidak lagi bersekolah didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun di sebuah rumah dalam daerah ini pada pukul 3 petang, Mei tahun lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 367 (1) yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, namun bagi pesalah juvana boleh dikenakan bon jaminan kelakuan baik, khidmat masyarakat ataupun menjalani hukuman di sekolah Henry Gurney.

Menurut fakta kes, polis menerima laporan kejadian itu daripada seorang doktor yang melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa selepas diberitahu tentang perkara berkenaan.

Siasatan polis mendapati, kejadian itu berlaku ketika mangsa berkunjung ke rumah tertuduh dengan menaiki kenderaan e-hailing sebelum tertuduh mengajak melakukan perbuatan berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 1 Julai depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Song Yan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN