Raja Permaisuri Agong berangkat ke Turkiye hadiri pelancaran Kapal TLDM

Raja Permaisuri Agong berangkat ke Turkiye hadiri pelancaran Kapal TLDM

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Turkiye bagi lawatan khas hari ini bagi menghadiri Majlis Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Istanbul Shipyard. FACEBOOK SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Turkiye bagi lawatan khas hari ini bagi menghadiri Majlis Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Istanbul Shipyard.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan Seri Paduka Baginda turut diiringi Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Pesawat peribadi Seri Paduka Baginda dilaporkan berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada pukul 9 pagi tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN