PM arah MetMalaysia segerakan operasi pembenihan awan di Kedah, Perlis

PM arah MetMalaysia segerakan operasi pembenihan awan di Kedah, Perlis

ANWAR Ibrahim semasa Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Kelasterian Alam di Putrajaya. 4 Mei 2026. -Pejabat Perdana Menteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) diarahkan untuk menyegerakan pelaksanaan operasi pembenihan awan di negeri-negeri yang berada pada tahap kritikal, khususnya Kedah dan Perlis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, operasi pembenihan awan itu merupakan keperluan mendesak dalam mendepani situasi cuaca semasa.

“Saya arahkan MetMalaysia menyegerakan pelaksanaannya, termasuk meneroka penggunaan teknologi dron serta kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menampung kekurangan pesawat bersesuaian, demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bagi meneliti perancangan dasar serta keutamaan kementerian sepanjang tahun ini.

Selain isu cuaca, pertemuan itu turut membincangkan perkara berkaitan kebajikan tiga gajah milik Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun.

Perdana Menteri berkata, kebajikan haiwan berkenaan perlu menjadi keutamaan NRES dan Zoo Taiping, selain menuntut ketelusan maklumat kepada orang awam.

“Sebarang keputusan dan tindakan perlu dilaksanakan berasaskan fakta serta mengambil kira kebajikan terbaik Dara, Amoi dan Kelat.

“Maklumat yang telus dan berfakta perlu disalurkan secara berterusan agar rakyat mendapat gambaran sebenar mengenai keadaan mereka di sana,” katanya.

Penempatan tiga gajah milik Malaysia di Jepun mencetuskan perdebatan hangat apabila timbul dakwaan mengenai tahap kebajikan haiwan berkenaan yang dikatakan tidak berada pada tahap sewajarnya sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat negara ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN