Peserta Sumud Flotilla ditinggalkan di pantai selatan Greece, tidak dibawa ke Ashdod

Peserta Sumud Flotilla ditinggalkan di pantai selatan Greece, tidak dibawa ke Ashdod

MUHAMMAD NADIR AL-NURI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua peserta yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang ditahan oleh tentera Zionis, semalam, bakal ditinggalkan di sebuah pantai di selatan Greece.

Chef de Mission Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, peserta-peserta juga tidak akan dibawa ke Pelabuhan Ashdod seperti yang berlaku ketika misi GSF sebelum ini.

“Penjajah apartheid mengeluarkan kenyataan akan meninggalkan penggerak GSF yang ditangkap semalam di sebuah pantai di selatan Greece dan tidak dibawa ke Ashdod.

“Ia satu kejayaan dunia menekan negara haram maha zalim menukar pelan tindakan mereka dan tidak ‘dibebankan’ dengan kehadiran aktivis di tempat mereka yang sedang bergolak.

“Kami menyalakan suar sebaik mendapat berita gembira ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, sebanyak 22 kapal misi GSF 2.0 yang membawa 186 sukarelawan dari seluruh dunia ke Gaza telah ditahan dan diculik tentera Israel.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, enam daripada kapal yang diceroboh di perairan antarabangsa berhampiran Greece itu melibatkan 10 rakyat Malaysia.

“Antara rakyat Malaysia ditahan termasuk wartawan veteran yang juga aktivis kemanusiaan, Zainal Rashid Ahmad atau dikenali sebagai ZRA yang menaiki kapal Arkham lll, Osman Zolkifli dan Dr. Jihan Alya Mohd. Nordin (Eros 1), Mohd. Shamsir Mohd. Isa (Esplai) dan Hazwan Hazim.

“Selain itu, Mohd. Hanafi Mohd. Salim, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, Norhelmi Ab. Ghani (Bianca BCN); Mohd Redzal Amzah (Freia) serta Muhamad Muhzin Zaidi (Marea) turut ditahan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN