Perkhidmatan aerotrain kembali beroperasi 24 jam hujung bulan ini

Perkhidmatan aerotrain kembali beroperasi 24 jam hujung bulan ini

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka kembali beroperasi sepenuhnya 24 jam sehari bermula hujung bulan ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pelaksanaan itu dibuat selepas semua ujian berkaitan sistem dan keselamatan selesai dilaksanakan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Menurut beliau, ketika ini MAHB sedang menyediakan laporan lengkap untuk dikemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi tujuan pengesahan akhir.

“Dijangkakan selepas pengesahan oleh APAD, kita menjangkakan menjelang akhir bulan ini, aerotrain akan berfungsi semula untuk 24 jam,” katanya selepas melancarkan Pas Bulanan MyPutrajaya dan MyKLIA di Stesen KLIA Ekspres & KLIA Transit KLIA T2 di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan perkhidmatan aerotrain ketika ini masih beroperasi, namun dihentikan beberapa jam pada waktu malam bagi tujuan penyelenggaraan dan pemeriksaan trek.

Pada 14 November tahun lalu, MAHB mengulangi komitmen untuk memperkukuh kebolehpercayaan sistem aerotrain di KLIA menerusi pelaksanaan Pelan Tindakan Komprehensif (CAP) bagi menangani sepenuhnya isu-isu teknikal yang timbul sejak perkhidmatan aerotrain disambung semula pada Julai 2025.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN