Penipuan haji, TH tubuh pasukan pemantau di KLIA

Penipuan haji, TH tubuh pasukan pemantau di KLIA

ZULKIFLI HASSAN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Lembaga Tabung Haji (TH) menubuhkan pasukan pemantau khas di lapangan terbang bagi memastikan bakal jemaah tidak menjadi mangsa penipuan sindiket pada saat akhir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hassan berkata, langkah itu dilaksanakan melalui pemantauan berterusan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), selain pemantauan rapi dalam media sosial yang sering menjadi medium tawaran pakej haji tidak sah.

Katanya, setakat hari ini pihaknya belum menerima sebarang aduan rasmi berkaitan penipuan haji termasuk membabitkan badal haji namun langkah pencegahan terus dipergiat.

“TH sentiasa membuat pemantauan bukan sahaja dalam laman sosial malah pasukan pemantau digerakkan di lapangan terbang bagi mengesan sebarang aktiviti mencurigakan membabitkan tawaran pakej haji.

“Ini penting bagi mengelakkan bakal jemaah terpedaya dan kita tidak mahu ada yang kecewa ditipu di saat-saat akhir,” katanya selepas menyempurnakan Projek Pemerkasaan Perusahaan Bakeri dan Pastri di Kozee Coffee & Pastry di Telong di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN