Pengunaan biodiesel B15 mula dilaksana 1 Jun depan

Pengunaan biodiesel B15 mula dilaksana 1 Jun depan

AHMAD Zahid Hamidi ketika perhimpunan bulanan KKDW di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan menetapkan pengeluaran biodiesel B15 akan dilaksanakan di 19 loji seluruh negara bermula 1 Jun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengeluaran bahan api itu penting dalam usaha membantu menurunkan harga diesel negara.

Ahmad Zahid berkata, pelaksanaan akan dimulakan dengan B15 sebelum ditingkatkan kepada B20, seterusnya berpotensi mencapai B50 dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

“Pendekatan ini dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan harga minyak sawit mentah (CPO) tidak memberi tekanan kepada kos pengeluaran biodiesel,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulan Mei Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini, hari ini.

Tambah beliau, biodiesel berasaskan sawit dilihat berpotensi menjadi pemangkin baharu kepada ekonomi desa yang mana ia bukan sekadar memenuhi agenda tenaga negara.

Ujarnya, pendekatan itu mampu menghubungkan kekuatan komoditi utama negara dengan masa depan pembangunan luar bandar secara lebih strategik.

“Biodiesel berasaskan sawit bukan sekadar agenda tenaga. Ia peluang untuk menghubungkan kekuatan komoditi negara dengan masa depan ekonomi desa,” katanya.

Menurutnya, potensi itu perlu diberi perhatian serius oleh agensi berkaitan termasuk Felcra, Ketengah dan Kesedar dalam merangka strategi pembangunan berimpak tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN