Penganggur mengaku tidak bersalah rogol remaja 15 tahun dalam bilik stor

Penganggur mengaku tidak bersalah rogol remaja 15 tahun dalam bilik stor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol gadis berusia 15 tahun di sebuah bilik stor di Kampung Pasir Hor, dekat sini tahun lalu.

Nur Muhammad Hafuza Ahmad Sadri, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah bilik stor di Kampung Pasir Hor, dalam daerah Kota Bharu kira-kira pukul 2 pagi pada 13 Ogos 2025.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyimie Rosli manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Hanis Mohamad Shariff. Mohd. Hanis memohon mahkamah membenarkan jaminan atas alasan anak guamnya tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan 5 Julai ini untuk serahan dokumen dan sebutan kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN