PETALING JAYA: Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan membuat pertuduhan terhadap seorang pemilik akaun TikTok berhubung kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong.
Pemilik akaun TikTok, Muhammad bin Abdullah, akan dituduh di Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi, Selangor esok pada pukul 9 pagi.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.-UTUSAN










