Pembantu warden asrama dicekup ‘sentuh’ pelajar lelaki

Pembantu warden asrama dicekup ‘sentuh’ pelajar lelaki

SIK Choon Foo (tengah) bersama pasukan Kor Kadet Polis Diaraja Malaysia (PDRM) Gua Musang pada Program Penutup Latihan Tahunan Kor Kadet PDRM Peringkat Negeri Kelantan di Taman Etnobotani, Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang pembantu warden di sebuah sekolah menengah di sini, ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki tingkatan lima, hujung bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Katanya, polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada mangsa semalam, sebelum suspek ditahan pada hari sama.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai menjadi mangsa gangguan seksual kepada seorang pembantu warden asrama yang berusia 37 tahun di sebuah sekolah menengah di sini pada 30 April lalu.

“Mangsa mendakwa  dipanggil oleh suspek kira-kira pukul 12.30 tengah malam ke bilik tetamu asrama lelaki sekolah tersebut selepas didapati melakukan kesalahan iaitu bermain telefon bimbit pada waktu malam,” katanya pada Program Penutup Latihan Tahunan Kor Kadet Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Negeri Kelantan di Taman Etnobotani di sini, hari ini.

Choon Foo berkata, mangsa yang trauma dengan kejadian terbabit memaklumkan kepada gurunya sebelum dibawa untuk membuat laporan polis. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN