Pas nafi Abdul Hadi sengaja tidak menghadap Raja Perlis

Pas nafi Abdul Hadi sengaja tidak menghadap Raja Perlis

AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas menafikan dakwaan kononnya Presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang sengaja tidak hadir menghadap Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ketika kemelut pelantikan Menteri Besar Perlis pada Oktober tahun lalu.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, dakwaan dibangkitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Menurut beliau, untuk rekod Presiden Pas tidak pernah dititahkan menghadap Raja Perlis pada 25 Oktober 2025 mahupun pada mana-mana tarikh sebelum atau selepas kemelut berkenaan berlaku.

“Dakwaan kononnya Presiden Pas sengaja tidak datang menghadap Tuanku Raja Perlis pada 25 Oktober 2025 juga adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali,” katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya.

Dalam pada itu, beliau mendakwa tindakan Bersatu menghantar nama calon Menteri Besar Perlis dibuat tanpa merujuk kepada Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN).

Ahmad Fadhli pada masa sama turut menyifatkan kenyataan Biro Politik Bersatu Pusat terhadap Setiausaha Agung PAS sebagai tidak tepat, mengelirukan dan berniat mencemarkan kredibiliti parti itu.

Beliau berkata, dakwaan Pas tidak memberikan maklum balas sepanjang krisis berlaku juga disifatkan sebagai fitnah yang tidak berasas. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN