Palestin kecam serangan dron ke atas Kuwait

Palestin kecam serangan dron ke atas Kuwait

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Palestin mengecam serangan dron yang menyasarkan Kuwait dan menyifatkannya sebagai pencabulan jelas terhadap undang-undang antarabangsa serta ancaman terhadap kedaulatan negara itu.

Kementerian Luar dan Ekspatriat Palestin berkata, pihaknya menzahirkan solidariti penuh terhadap Kuwait termasuk menyokong segala langkah bagi memastikan keselamatan rakyat dan kestabilan negara itu terus terpelihara.

“Palestin turut menolak sebarang bentuk serangan atau tindakan yang boleh menggugat keselamatan dan kestabilan negara-negara Arab,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Palestin turut mengeluarkan kenyataan mengecam serangan sama yang dilakukan menggunakan beberapa dron terhadap integriti wilayah Kuwait.

Ketegangan itu mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan serantau di Asia Barat ketika beberapa negara Arab terus berdepan ancaman keselamatan rentas sempadan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN