Orang muda lihat UMNO parti berpengalaman, mampu bela nasib rakyat

Orang muda lihat UMNO parti berpengalaman, mampu bela nasib rakyat

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Golongan muda kini mula melihat UMNO daripada perspektif sebagai sebuah parti berpengalaman dan mampu membela nasib rakyat.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kecenderungan tersebut dapat dilihat menerusi sambutan menggalakkan dalam kalangan anak muda yang mendaftar sebagai ahli baharu parti itu.

“Alhamdulillah, kita lihat anak-anak muda ini merasakan UMNO mempunyai karakter yang panjang. Ada dalam kalangan mereka datang daripada keluarga yang menyokong UMNO, dan ada juga yang bukan.

“Mereka merasakan perlunya sebuah parti yang boleh membela nasib rakyat, tambahan pula UMNO mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran negara dan tidak pernah mendiskriminasi sesiapa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, UMNO  menyasarkan pertambahan 10,000 ahli baharu dalam tempoh lima hari sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-80  yang bermula hari ini.

Katanya, sambutan di lokasi pendaftaran juga di luar jangkaan apabila orang ramai mula beratur seawal jam 8 pagi walaupun kaunter hanya dibuka pada pukul 10 pagi.

Katanya lagi, kehadiran itu bukan sahaja melibatkan penduduk sekitar malah ada yang datang dari Pulau Pinang, Perlis dan Kelantan.

“Kelompok anak muda yang mahu menyertai UMNO ini perlu kita raikan sepenuhnya. Sebab itu Presiden mengagaskan pendekatan pendaftaran secara dalam talian bagi memudahkan mereka.

“Prosesnya sangat pantas, tidak sampai seminit untuk menjadi ahli dan kad keahlian juga boleh diperoleh dalam tempoh kira-kira satu minit,” katanya.

Tambahnya, pelbagai pengisian turut disediakan sepanjang sambutan termasuk maklumat berkaitan pendidikan, keusahawanan dan perniagaan, selain penyertaan agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang turut meraikan ulang tahun ke-60.

“Orang ramai dialu-alukan datang ke ‘rumah bangsa’ ini untuk mendapatkan maklumat, menambah ilmu bersama keluarga serta mendaftar sebagai ahli UMNO atau mengambil kad keahlian secara percuma,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN